Pages

Majlis Forum Perdana

Forum Perdana Ehwal Islam Bersempena Sambutan Maulidur Rasul yang julung kalinya diadakan di sekolah kita, telah mendapat sambutan yang hangat daripada ibu bapa dan pihak luar.


Tarikh : 25 Febuari 2012 (Sabtu)
Masa : 8.45 malam
Tempat : SMK Telok Mas

Program ini telah dianjurkan oleh PIBG SMKTM, Bahagian Rumahku Syurgaku dan JASA Negeri Melaka telah mendapat sambutan yang hangat. Tetamu khas, YB Dato Wira Latiff Bin Datuk Tamby Chik merangkap Ahli Dewan Undangan Kawasan Telok Mas telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini. Majlis yang  bertajuk "Peranan Ibu Bapa, Guru Dan Pelajar Ke Arah Menjana Kecemerlangan" yang menjemput ahli panel iaitu Ustaz Zul Ramli Bin Mohamed Razali dan Pn Zawiyah Bte Hassan, sementara moderatornya ialah En Halim Bin Tawil. Banyak pengajaran diperolehi dari program ini. Forum tersebut tamat pada jam 11.30 malam.




Harapan Pihak Sekolah semoga majlis ilmu seperti ini akan dapat diadakan lagi.
Jutaan terima kasih kepada para guru dan murid yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.
Terima kasih..

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS
75460 TELOK MAS, MELAKA
TEL:062615292 FAX:062619422