Pages

majlis penyampaian hadiah dan solat hajat

Pada 29/9/11 bersamaan dengan hari Khamis,Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Mas telah mengadakan beberapa majlis.Majlis tersebut ialah Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pelajar Cemerlang bagi tahun 2010 dan Majlis Solat Hajat bagi Pelajar PMR dan SPM .
Majlis penyampaian hadiah tersebut melibatkan pelajar yang peroleh keputusan yang cemerlang bagi Peperiksaan Akhir Tahun 2010.Seterusnya,ia juga melibatkan pelajar tingkatan 3 bagi Anugerah Pra Graduasi dan pelajar tokoh untuk Anugerah HEM . 

Para pelajar sedang menunggu giliran




Lambaian sijil :)
Di sebelah malamnya,pelajar-pelajar PMR dan SPM SMKTM melibatkan diri mereka dalam majlis solat hajat yang dianjurkan oleh sekolah. Majlis tersebut bertempat di Surau Asrama SMK Telok Mas pada jam 8.00 malam dan waktu pendaftaran pada jam 5.30 petang. Sebelum bermulanya Solat hajat,ibu bapa pelajar dijemput menjamah sedikit makanan yang disediakan bagi minum petang.Majlis tersebut mendapat sambutan kerana hampir semua pelajar hadir. Pelajar yang tinggal di asrama juga tidak melepaskan peluang menunaikan solat hajat.Sekolah telahpun mengambil cuti peristiwa pada keesokan harinya iaitu hari Jumaat.Pelajar asrama dibenarkan pulang pada pagi Jumaat. Nantikan update dari kami :)

No comments:

Post a Comment

 

Blogger news

Blogroll

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELOK MAS
75460 TELOK MAS, MELAKA
TEL:062615292 FAX:062619422